gambar hiasan

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?
Fizo comment: " Ummph..sedapnye!"

Tuesday, 15 November 2011

Lovely Rose Pau

Resepi ni diambil dari seorang kawan.
250 gm keledek manis warna merah- di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1sudu teh baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 sudu teh garam
11 gm yeast segera

Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.



Dan, buatlah pau dengan corak yang anda suka! =)

Friday, 4 November 2011

Terhangat di pasaran! Perisa Blueberry & Strawberry. Nyum, nyum...=)

Nyummmyy...

Assalamualaikum. Hari ini saya menjual produk baru 'Tiramisu Manja", iaitu Tiramisu berperisa Blueberry dan Strawbery...Sedaaaaapp sangat! Favorite saya, ialah Tiramisu Blueberry, anda pula?


Masjid Al-Falah adalah tempat pertama saya memasarkan produk baru ni. Tak sangka habis kesemuanya, hanya tinggal untuk satu untuk saya dan satu lagi untuk family. Alhamdulillah.

Tuesday, 1 November 2011

Tiramisu Manja 3 layer-Contoh bekas besar 700 gram...

Salam, bekas yang paling hampir skali adalah contoh saiz besar utk tiramisu 700 gram....
Gambar diambil di Masjid Annur, Alhamdulillah habis kesemuanya =)
Terima kasih kepada yang membeli dan memberi sokongan yang tidak putus-putus. Jazakallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...