gambar hiasan

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?
Fizo comment: " Ummph..sedapnye!"

Sunday, 15 April 2012

Berbunga rasa hati! Dr. Wan Azizah juga sudah merasa Tiramisu Manja


Assalamualaikum semua. Dah lama lin tak mencoret cerita kat blog ni. Mungkin tenggelam dek kerana kesibukan menghadapi mid sem test. Alhamdulillah, ahad baru-baru ini, lin berkesempatan membuka booth di Hotel De' Palma, Shah Alam. 

Terharunya...berbunga rasa hati! Dr. Wan Azizah sudah merasa Tiramisu Manja hasil air tangan sendiri. Siapa yang tak teruja?

Scarf , Shawl, Blueberry Cheesetart

Haaa...ni la antara yang lin jual selain Tiramisu Manja, Jubah dan minyak bunga matahari Jerslin. Sewaktu membuka booth, tiba-tiba nampak Dr. Azizah lalu. Terkejut la juga pada mulanya. Dan tiba-tiba dia datang...tengok2 jubah...dan membelinya sehelai .  Habis lin senyum sampai ke telinga sampai tidur.

Esoknya, setelah pulang ke Fakulti Law, ada test subjek islamic worldview, atur temu janji dengan court, buat surat, menghadirkan diri ke program (byk sgt program kat UIA ni), assignment, sleu classes...dan macam -macam lagi yang menyebabkan lin meredah kesibukkan sampai tidak sempat pun untuk post entri baru.
Alhamdulillah...tertunai juga hasrat nak menulis hari nie. =)

Yang sebenarnya (mcm lagu Yuna la pula), lin gembira bila masa terisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat  dan memberi nilai tambah kepada diri. Ada satu peribahasa inggeris mengatakan "live life to the fullest!". Cuba bayangkan, kehidupan seharian yang kurang aktiviti, maka kita akan menjadi malas, tidak bersemnagat, dan langsung tidak produktif.  Itulah pentingnya menjadi seorang yang produktif, kerana kita akan sentiasa bersemangat, gembira dan berjiwa besar...(kadang-kadang stress sikit la =p).

Oleh itu, jom jadi insan produktif!
Smile, p.l.e.a.s.e! Your teeth is not aurat =D

Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...