gambar hiasan

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?

Fizo pun sudah menikmati Tiramisu manja =) Anda bila lagi?
Fizo comment: " Ummph..sedapnye!"

Friday, 29 June 2012

Jubah Sulam Mesir dan Syria

JUBAH SULAM MESIR

warna: turqoise



CODE: 1


DESCRIPTION:
Kain kapas lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan.

straight cut.

SIZE: M,L,

RM125

SOLD OUT!

***
JUBAH SULAM SYRIA

warna: hitam dan sulam turqoise&krim



CODE: 2


DESCRIPTION:
Kain kapas lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan.

straight cut.

SIZE: M,L,

RM250

SOLD OUT!

***
 JUBAH SYRIA


warna: biru denim




CODE: 5



DESCRIPTION:
Kain denim satin lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan dititp manik-manik.

straight cut.

SIZE: S,M,L

RM200



***
 JUBAH SULAM MESIR


warna: beige brown




CODE: 6



DESCRIPTION:
Kain kapas lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan.

straight cut.

SIZE: M,L,

RM125




***
 JUBAH SULAM MESIR


warna: beige brown




CODE: 7



DESCRIPTION:
Kain kapas lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan.

straight cut.

SIZE: M,L,

RM125


***
 JUBAH SULAM SYRIA


warna: hijau elegant




CODE: 8



DESCRIPTION:
Kain kapas lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah .

straight cut.

SIZE: M,L,

RM150

***
 JUBAH SYRIA


warna: ungu pink




CODE: 3



DESCRIPTION:
Kain denim satin lembut dengan sulam penuh dari atas ke bawah serta di tangan dititp manik-manik.

straight cut.

SIZE: L,XL

RM200


Sunday, 3 June 2012

Miracle of Habbatussauda


Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Sungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam", Aku bertanya, "Apakah Al-Sam itu?" Baginda menjawab, "Al-Sam ialah maut.". (Riwayat Bukhari)


Daripada Buraidah, katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".


Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana merka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda' dalam perubatan harian.


Berminat untuk membeli?


Hanya RM10 sekotak


Hubungi-0133382221

Saturday, 2 June 2012

Roses muffin untuk si dia

Satu muffin roses dah disiapkan!
Sungguh cantik duhai puteri kayangan
Si jejaka sanggup meredah 7 lautan
Kerana ingin memetik bunga di taman
Untuk dijadikan sebagai pasangan

Musim cuti sekolah ni, ramai pasangan yang bakal melangsungkan pernikahan....Barakallah, semoga mereka menemui pemilik cinta mereka setelah Allah dan Rasul =) Bercintalah sampai ke syurga!

"Aku terima nikahnya!" maka, terjalinlah hubungan yang diberkati Allah dan pastinya medapat pahala sekiranya berkemampuan dan berniat untuk mengikut sunnah Rasulullah saw

"Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku."      (Riwayat Bukhari)

"...Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.  (Ar-rum:21)

Dah Siap! Hantaran untuk si puteri kayangan.
Sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni, lin pula sedang berjuang di medan peperiksaan final sem pertama. Alhamdulillah, ada 7 papers semuanya! Gap 10 hari antara paper ke-4 dan ke-5... (lama sangat kan? tahu tak pe) XD Tanpa mensia-siakan peluang yang terbentang luas, selesai sahaja menjawab je menjawab paper ke-4 iaitu Transaction in Islamic law, lin terus pulang ke rumah, mengubat barah rindu yang sekian bersarang di jiwa...eawaah, ayat tak nak kalah....hehehee .=p

Balik rumah pun....buku tidak lupa dibaca, tapi hak sebagai anak harus di tunaikan. Luangkan masa buat fondant hantaran yang ditempah oleh Mak Cik Ros. lalaalaa....senangnya hati meluangkan masa bersama keluarga. Hilang semua stress musim peperiksaan.=)

Kebetulan Lin teringat Surah Al-Lukman, iatu kisah Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya...
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..." (Al-Lukman:14)
Menurut buku Jom!, kita perlu memnafaatkan masa yang sebaiknya apabila bersama yang tercinta. Buang masa sahaja la kalau bersama, tetapi masing-masing buat kerja sendiri. Terutamanya pabila bersama ibu bapa, berikan layanan dan perhagaan buat mereka agar mereka merasakan cukup SPEACIAL! Kita lakukanlah apa pun...tak akan terbalas jasa dan pengorbanan mereka.


Pesanan Lin, hargai ibu bapa sementara mereka masih ada dan smentara kita masih bernyawa. Abah Mama jantung hati Lin! Alhamdulillah, they are a great parents!
bacalah sendiri xp


Lin: Mama, nak buat apa tu?
Mama: Ni, mama nak buat fondant, Mak cik Ros tempah untuk hantaran.
Lin: ouh, meh Lin tolong, Mama sukat, then lin gaul, ok!
Mama: =)

Lin balik ke kampus sewaktu fondant masih diperap..Setelah siap adunan fondant, Mama pun guna la kreativiti tersendiri untuk gubahan hantaran tu....  

Roses fondant ni lin buat bulan lepas....sebab tu tak ada atas muffin pun XD. maaf, pic ni blurr sikit.
 Alhamdulillah, Mak Cik ros pun gembira dengan hasil roses muffin untuk hantaran tu. "Nanti boleh la buat kek macam ni pula" cadanganya kepada Mama. "Lin tu sebenarnya nak buat dah kek fondant, tp tunggu Final exam habis dulu" ...


Lin nak buat kek lebih kurang mcm ni, tapi versi Lin sendiri la....Untuk sambut Birthday nanti =) Insya'Allah, kenapa pilih rama2? sebab Along suka Rama2 =)

Tempahan dibuka untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan,
 hubungi Juwita-013-3382221 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...